~Parut biasa (flat pale scar)
Parut yang sering
dialami oleh setiap individu , parut ini lebih pudar dari warna kulit
asal dan parut ini kelihatan agak tebal .
~Parut tebal (hypertrophic scar)
Parut ini timbul
dalam temoh 6 bulan selepas kemalangan . Namun , parut ini akan surut
sendiri . Ia berwarna merah dan agak tebal strukturnya .
~Parut keloid
Parut keloid ini
tebal dan tumbuh melebihi luka asal malah ia boleh menjadi parut yang
kekal . Parut ini tumbuh melebihi kawasan luka , berwarna merah jambu @
merah dan kelamaan boleh menjadi warna gelap dan menimbulkan maaslah
kegelapan berterusan . Hal ini disebabkan , luka lama dibahagian
tersebut terkena jangkitan .
Faktor keloid :
1. genetik
2. tahap kecederaan yang semakin besar dan menembusi kedalam kulit .
3. hormon
~Parut kontraktor
Parut ini
menyebabkan kulit tegang dan boleh menjejaskan sendi pesakit . Akibatnya
, kulit menjadi regang dan menyukarkan pergerakan .
~Parut tenggelam
Parut ini biasanya
pada luka yang berada di bahagian punggung . Parut ini terjadi apabila
mereka baring terlalu lama contohnya pesakit strok .
~Stretch mark
Parut ini biasa
dialami oleh kaum wanita kerana mereka melalui proses kehamilan . Parut
ini akan dilihat pada bahagian paha , perut, bahu dan punggung . Parut
ini dikatakan parut kekal .
PUNCA PARUT
-Mereka yang menindik telinga
-Luka jerawat
-Suntikan BCG
-Pelbagai jenis kemalangan seperti terkena air panas , luka terkena benda tajam dan kebakaran .
GEJALA PARUT YANG PERLU DIRAWAT
1. Luka yang dijangkiti dan bernanah
2. Parut yang semakin membesar hingga menimbulkan masalah pada penampilan dan boleh menyukarkan pergerakan sendi .
RAWATAN MODEN
- Pembedahan yang berkemungkinan sebanyak 60% parut asal akan terbentuk semula . Pembedahan adalah cara yang baik untuk yang mengalami masalah parut kontraktor .
- Bagi parut yang berkeluk adalah sesuai dengan suntikan kolagen untuk meratakan kulit.
- Radioterapi , ia jarang dilakukan kerana ada kesan sampingan . Rawatan ini sesaui untuk parut keloid yang tidak boleh disembuhkan dengan cara lain .
- Pancaran laser boleh memudarkan warna parut tetapi ia boleh memberi kesan sampingan kepada penduduk asia kerana ia akan menyebabkan warna kulit semakin gelap dan pudar .
- Suntikan steroid dalam dos yang tertentu boleh menghilangkan rasa gatal.
RAWATAN TRADISIONAL
- Gunakan serbuk kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk . Kemudian campurkan sedikit air . Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering . Ia sesuai untuk menghilangkan bintik hitam di muka . Lakukan dengan kerap .
- Lidah buaya juga boleh menghilangkan parut . Lidah buaya harus dibelah dua, dan sapukan lendir pada parut . Lakukan 3 kali seminggu .
- Gunakan asam jawa yang dicampur bersama sedikit air . Sapu sehingga kering sebelum tidur . Elok digunakan pada waktu malam ...
- Madu lebah juga sesuai untuk menghilangkan parut dengan mencampurkan bersama kulit kayu manis . Setelah selesai cuci dengan air suam . Lakukan 3 kali seminggu .
- 10 daun sireh yang ditumbuk . Setelah itu sapu pada muka dan biarkan ia kering .
- Madu dan bedak sejuk juga boleh dicampur dan sapukan pada muka untuk mendapatkan hasil yang baik .
- Mulai sekarang ambil lah kulit pisang setelah memakan isi nya , kerana kulit pisang boleh menghilangkan parut . sapukan dengan perlahan-lahan . Selamat mencuba ~~
sumber artikel : http://failkesihatan.blogspot.com/2012/10/cara-menghilangkan-parut.html
#Azanis Serum,Bantu Menghilangkan Parut !!
![]() Whatsapp 017-297 5523 untuk pembelian. |
0 comments :
Post a Comment