Menangani masalah parut
Gejala parut yang perlu dirawat- Luka yang boleh dijangkiti dan bernanah
- Parut semakin membesar hingga menimbulkan masalah pada penampilan dan boleh menyukarkan pergerakan sendi disebabkan kontraktur.
Punca parut
-Mereka yang menindik telinga
-Luka jerawat
-Suntikan BCG
- Penyakit cacar air
Pelbagai jenis kemalangan termasuk terkena air panas, luka terkena benda tajam dan kebakaran.
Jenis-jenis parut
- Parut biasa (flat pale scar). Ia merupakan parut yang sering berlaku dan dialami oleh sebahagian besar individu.
Parut jenis ini lebih pudar daripada warna kulit asal.
Bagaimanapun, parut ini boleh menjadi agak lebar.
- Parut tebal (hypertrophic scar). Parut jenis ini timbul dalam tempoh enam bulan selepas berlaku insiden dan biasanya ia akan surut dengan sendiri.
Ia juga berwarna merah dan agak tebal daripada parut biasa.
- Parut keloid. Ia merupakan parut yang tebal dan tumbuh melebihi daripada bahagian luka asal. Biasanya, parut ini akan tumbuh di luar kawasan luka yang sedia ada dan menjadi kekal.
Secara umum, parut jenis ini berwarna merah jambu atau merah dan lama-kelamaan warnanya bertambah gelap.
Keloid berlaku apabila tubuh terus menghasilkan kolagen iaitu tisu-tisu parut yang keras selepas luka sembuh.
Keloid boleh menimbulkan masalah yang menyebabkan individu terbabit menghadapi masalah kegatalan yang berterusan sama ada pada waktu malam atau siang.
Masalah kegatalan berterusan menyebabkan individu kerap menggaru bahagian yang gatal hingga mengakibatkan luka lama di bahagian tersebut terkena jangkitan kuman.
Kekerapan keloid di kalangan penduduk Asia begitu tinggi kadar kejadiannya.
Keloid yang disifatkan sebagai proses penyembuhan yang super efisien ini berlaku pada bahagian tubuh seperti cuping telinga, bahagian depan dada dan lengan.
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan luka menjadi parut keloid seperti:
a. Genetik. Sekiranya individu terbabit mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah keloid
b. Tahap kecederaan. Sekiranya kecederaan tersebut besar dan menembusi ke dalam lapisan kulit, terdapat kemungkinan luka tersebut menjadi keloid
c. Hormon. Peningkatan hormon pada peringkat remaja dan kehamilan menyebabkan golongan ini lebih kerap mendapat keloid berbanding semasa zaman kanak-kanak atau peringkat usia lanjut.
- Parut kontraktur. Parut kontraktur yang menyebabkan kulit menjadi tegang turut menjejaskan sendi, otot-otot dan tendon.
Keadaan ini secara tidak langsung mengganggu pergerakan dan boleh merosakkan fungsi sendi di anggota seperti siku dan jari-jari.
Parut jenis ini berlaku apabila tisu-tisu penghubung yang normal digantikan dengan tisu-tisu parut yang tidak elastik.
Apabila tisu tidak elastik, ia tidak boleh meregang dan menyukarkan pergerakan pada bahagian tersebut.
- Parut yang tenggelam. Parut jenis ini semakin mendap dan berlekuk pada bahagian bekas luka terutamanya pada bahagian punggung apabila seseorang itu berbaring dalam jangka masa yang lama. Contohnya pesakit strok.
- Stretch mark. Parut jenis ini berlaku apabila bahagian-bahagian tertentu tubuh mengembang dan menguncup dalam jangka masa yang begitu singkat.
Tanda parut stretch mark yang biasanya berlaku apabila seseorang wanita melalui proses kehamilan dapat dilihat pada paha, perut, bahu dan punggung.
Parut ini biasanya akan kekal.
Rawatan
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah parut iaitu:
- Kombinasi silikon dan vitamin E. Penggunaan kombinasi silikon dan vitamin E dalam jangka masa tiga bulan atau lebih mampu membantu merawat masalah parut.
- Pressuring garment. Penggunaan fabrik yang ketat iaitu dengan menekan parut selama 24 jam setiap hari dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
Kaedah ini dapat membantu meratakan parut yang tebal.
- Suntikan steroid. Suntikan steroid dengan dos yang tertentu ke dalam parut setiap bulan dapat mengurangkan rasa gatal dan kesakitan.
Dengan dos yang betul kaedah ini tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan kerana resapan ubat-ubatan daripada bahagian yang disuntik tersangat kecil.
Dengan dos yang terkawal, steroid ini juga tidak masuk ke saluran darah dan lain-lain bahagian tubuh.
- Pancaran laser. Pancaran laser ke atas parut boleh merata dan memudarkan warna parut.
Bagaimanapun, penggunaan laser ini di kalangan penduduk Asia boleh menimbulkan kesan sampingan yang sukar dijangka.
Adakalanya ia boleh menyebabkan kulit yang dipancar dengan pancaran laser menjadi lebih gelap atau semakin pudar.
- Cryo terapi. Cecair nitrogen yang sangat sejuk pada suhu bilik boleh membantu mematikan sel-sel pada kulit.
- Radioterapi. Penggunaan radioterapi ini jarang digunakan kerana kesan sampingannya. Kaedah ini hanya untuk parut keloid yang sangat besar yang tidak boleh dirawat dengan cara lain.
Bagaimanapun, dengan dos yang rendah dapat membantu menangani masalah parut.
- Dermabrasi. Mengikis kulit yang berparut dengan menggunakan alat pengikis.
- Suntikan bahan kolagen. Suntikan kolagen ini khusus untuk bahagian parut yang berlekuk di bawah kulit untuk meratakan semula kulit tersebut.
- Pembedahan. Kaedah ini tidak sesuai digunakan untuk merawat semua jenis masalah parut kerana ia boleh menyebabkan parut asal terbentuk semula.
Dianggarkan selepas kaedah ini digunakan lima hingga 60 peratus parut asal akan terbentuk semula.
Kaedah ini sesuai dan berkesan untuk menangani masalah parut kontraktur.
- Teknik pengembangan tisu kulit. Teknik menampal semula tisu kulit pada bahagian yang berparut dengan mengembangkan tisu pada bahagian lain dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Dalam tempoh yang sesuai, tisu kulit yang dikembangkan ini akan ditampal pada bahagian yang berparut.
Mencegah parut
Pencegahan parut dapat dilakukan melalui:
- Pengesanan jenis kulit melalui parut suntikan BCG. Sekiranya bekas parut ini agak besar, peluang untuk mendapat hypertrophic dan keloid agak tinggi.
Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini dinasihatkan supaya tidak menindik telinga, membuang tahi lalat pada muka atau menjalani pembedahan kosmetik dan sebagainya.
Pembedahan hanya akan dilakukan apabila diperlukan atau semasa kecemasan.
Selepas menjalani pembedahan, sapu ubat-ubatan yang disarankan pada bekas parut bagi mengelakkan ia menjadi tebal.
Bahan gel silikon yang diletakkan pada luka terbukti mengurangkan parut daripada menjadi tebal dan mempercepatkan proses pemudaran parut.
Vitamin E. Vitamin E terbukti dapat memudarkan parut dan mengurangkan parut menjadi tebal.
#Azanis Serum,Bantu Menghilangkan Parut !!
![]() Whatsapp 017-297 5523 untuk pembelian. |
0 comments :
Post a Comment